orang asli
Orang Asli merupakan kumpulan minoriti yang agak ketinggalan di negara ini berbanding kumpulan masyarakat kumpulan masyarakat yang lain. Mereka ini tinggal di pedalaman dan berjiran dengan kampung-kampung Melayu atau di sepanjang persisiran pantai di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Kebanyakan daripada mereka tinggal di hutan belantara dan tanah-tanah tinggi di antara 2,000 hingga 6,000 kaki dari paras laut. Terdapat 40% daripada mereka tinggal di tanah rendah dan persisiran pantai. Secara tradisi Orang Asli hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin. Walaupun ada sebahagian daripada mereka yang masih hidup secara berpindah randah tetapi 80% hingga 90% sudah mentap di kampung-kampung seperti orang Melayu.orang asli di malaysia
Terdapat tiga kumpulan utama Orang Asli di Semenanjung Malaysia iaitu Negrito, Senoi atau lebih dikenali sebagai Sakai oleh orang Melayu dan Melayu Asli atau Proto-Malay yang dibezakan melalui bahasa, kebudayaan, cara hidup dan ciri-ciri fizikal. Daripada tiga kumpulan utama ini terbahagi pula kepada suku kaum yang kecil. Suku Senoi merupakan suku yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Suku Senoi terdiri daripada Temiar, Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri dan Mah Meri. Kumpulan Melayu Asli pula merangkumi Temuas Belandas, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Seletar dan Orang Kuala atau Laut. Mereka dikatakan kumpulan kedua berhijrah selepas suku Negrito.
Dalam kumpulan Negrito terdapat suku Kintak, Kensiu, Jahai, Mendriq, Batek dan Lanoh. Kumpulan Negrito terdapat terutamanya di Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kumpulan Senoi terdapat di Perak, Kelantan dan Pahang. Orang Melayu Asli terdapat di Johor, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
kegiatan ekonomi
Dalam buku Rampaian Pengajian Melayu, Zaianl Abidin Borhan (1984: 109) telah menyatakan dan membicarakan tentang perkembangan Orang Asli sebelum dan selepas tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Menurut beliau lagi, sebelum tertubuhnya JHEOA, masyarakat Orang Asli tidak pernah menerima pendidikan formal khususnya bagi mereka yang tinggal di pedalaman. Bagi mereka apa yang dipentingkan ialah bagaimana mereka boleh dan hidup di dalam hutan. Kepandaian memburu, menangkap ikan di sungai dan mengumpulkan hasil hutan amat diutamakan sesuai dengan cara hidup mereka yang berlatar belakangkan ekonomi hutan.
bomoh
Justeru, pelajaran formal tidak begitu diperlukan kerana pelajaran tersebut tidak dapat melatih mereka berusaha untuk hidup di hutan yang tebal. Di samping itu, menurut Zaianl Abidin Borhan (1984: 109) lagi, ilmu perubatan tradisional yang terdapat di kalangan mereka tidak diajar melalui seorang mahaguru, tetapi diperolehi melalui mimpi. Seorang yang menjadi shaman atau dalam bahasa Orang Asli halaq atau poyang, dipilih melalui mimpi. Oleh itu, aspek mimipi sangat penting dalam hidup masyarakat Orang Asli seperti Orang Semai, Bateq Temian dan lain-lain.
Selain itu, ilmu pengetahuan hanya diturunkan dari seorang ayah kepada seorang anak merupakan suatau yang berasaskan pengalaman. Pengalaman yang diperturunkan merupakan hal-hal yang berhubung dengan cara hidup di hutan. Si anak akan diajar cara-cara menyumpit, membuat jerat, mengenali hasil hutan yang boleh dimakan dan dan yang boleh dijual. Oleh itu, semua pengetahuan ini diajarkan dan diperolehi secara tidak formal.
pendidikan
Namun begitu, dengan tertubuhnya JHEOA Orang Asli di Malaysia barat telah dapat menikmati pelajaran formal. Walau bagaimanapun terdapat juga Orang Asli yang menerima pelajaran formal sebelum tertubuhnya JHEOA, terutamanya bagi mereka yang tinggal di penempatan atau perkampungan yang berhampiran dengan perkampungan orang Melayu. Oleh kerana petempatan Orang Asli adalah berdekatan dengan kampung orang Melayu, maka anak-anak Orang Asli dihantar belajar ke sekolah-sekolah kebangsaan atau sekolah Melayu. Menurut Baharon Azhar Raffie (1984: 110), selepas 10 tahun ditubuhkan JHEOA, baru ada seorang anak Orang Asli keturunan Temuan yang lulus peperiksaan Senior Cambridge.
matlamat
Matlamat utama pegajaran formal yang dilaksanakan oleh JHEOA ini ialah supaya anak-anak Orang Asli dapat membaca, mengeja, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun, tidak terdapat sekolah khusus didirikan yang ada hanyalah pos-pos yang dijadikan sebagai sekolah. Namun, sekarang di kawasan yang lebih mudah dihubungi terdapat bangunan sekolah yang khusus dan pada tahun 1961 beberapa buah sekolah telah dibina di beberapa kawasan pedalaman khususnya di tiga buah negeri iaitu perak, Kelantan dan Pahang.bantuan
Guru-guru yang mengajar pula terdiri daripada pembantu luar. Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran juga menyediakan guru-guru di kawasan luar hutan. Kebanyakan guru-guru yang mengajar di pedalaman ialah terdiri daripada Orang Asli sendiri yang berjawatan Pembantu Luar Pelajaran. Selain daripada pelajaran untuk anak-anak Orang Asli, diadakan juga pelajaran dewasa untuk Orang Asli yang sudah berumur. Selain itu, anak-anak Orang Asli juga telah diberi bantuan pakaian sekolah, buku dan alat tulis dan bagi mereka yang belajar di sekolah kelolaaan Kementerian Pelajaran juga menerima kemudahan yang sama. Oleh itu, JHEOA yang ditubuhkan ini sedikit sebanyak telah dapat membangunkan tahap perkembangan pendidikan Orang Asli.tidak minat
Menurut beliau, Orang Asli telah hidup di dalam masyarakat-masyarakat yang terasing dan kurang mendapat perkhidmatan seperti sekolah-sekolah dan juga penjagaan kesihatan. Kedudukan geografi mereka yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan pemikiran di kebanyakan masyarakat orang asli bahawa tiada faedah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mengikut perangkaan, terdapat lebih kurang 80 peratus kanak-kanak Orang Asli yang tidak pernah menamatkan persekolahan di peringkat sekolah menengah.
Hal ini kerana, terdapat segilintir ibu bapa masyarakat Orang Asli yang tidak berminat dengan pendidikan. Walau bagaimanapun, mereka hanya mengganggap tadika merupakan satu tempat untuk menghantar anak mereka bermain dan makan sahaja, tetapi apabila beliau menyedari terdapat penglibatan orang luar terhadap perkembangan anak mereka barulah mereka menyedari tentang kepentingan pendidikan.
UNICEF dan KEMAS
Oleh itu, pada masa kini UNICEF dan KEMAS sedang bekerja bersama-sama untuk melatih lebih kurang 300 orang guru-guru tadika dan juga penyelia-penyelia, untuk mencapai lebih daripada 18,000 orang ibu dan bapa dan juga penjaga-penjaga di kawasan-kawasan pedalaman. Organisasi ini mengendalikan bengkel-bengkel untuk masyarakat-masyarakat Orang Asli, yang memberi penekanan terhadap kepentingan galakan kepada perkembangan awal kanak-kanak dan memberi panduan tentang aktiviti-aktiviti pembelajaran, nutrisi dan juga psikologi kanak-kanak.Selain itu, UNICEF dan KEMAS akan cuba mengajar kanak-kanak Orang Asli tersebut membaca dan menulis kerana dengan adanya kemahiran seperti ini sudah tentu mereka dapat memperbaiki diri mereka untuk kepentingan masa hadapan. Secara keseluruhannya, peranan yang dijalankan oleh UNICEF dan KEMAS ini adalah selari dengan Rancangan Kebangsaan Malaysia untuk mengurangkan jurang perbezaan di antara kawasan pedalaman dengan kawasan bandar, dan juga di antara daerah yang maju dengan daerah yang kurang maju dan sekaligus dapat menyemai kemahiran-kemahiran untuk generasi baru Orang Asli, agar mereka dapat membentuk pilihan-pilihan mereka sendiri untuk masa hadapan.
wakil rakyat
Anne Jamaluddin (2007: 4) dalam satu artikelnya yang bertajuk “Zainol Radzi mahu bela nasib Orang Asli” yang merupakan satu terjemahan ke bahasa Melayu meyatakan kesempatan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan negeri (DUN) Bukit Manik Zainol Radzi meninjau kehidupan Orang Asli suku kaum Semai di Kampung Pengkalan Daun. Dalam lawatan tersebut, beliau mengatakan bahawa masyarakat Orang Asli di kawasan itu masih memerlukan bantuan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka walaupun sudah memperoleh rumah melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin.
Menurut beliau lagi, masyarakat Orang Asli perlu disalurkan maklumat pembangunan masa kini supaya mereka boleh menikmati sama kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan di samping itu juga mereka juga harus diberi kesedaran tinggi betapa pentingnya pendidikan untuk mengubah kehidupan masing-masing. Oleh itu, dalam satu kenyataannya beliau telah menyatakan hasratnya untuk memberi keutamaan bagi meningkatkan kesedaran dan tahap pendidikan anak Orang Asli. Oleh itu, beliau berhapar agar ibu bapa di kalangan masyarakat Orang Asli perlu memainkan peranan dalam memberi penekanan terhadap pendidikan anak-anak di samping meneruskan kehidupan seharian,
tak tahu
terdapat juga segelintir masyarakat Orang Asli yang tidak tahu tentang kewujudan intitusi pendidikan sekolah menengah dan sebab itulah mereka berfikir bahawa sistem pendidikan negara ini sekatat sehingga sekolah rendah sahaja. manakala menurut Prof. Madya Dr. Juli Edo yang merupakan anak Orang Asli yang berjaya dalam bidang akademik dan kini mengajar di Universiti Malaya menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat Orang Asli ketinggalan dari sudut pendidikan berbanding kaum lain.
Darurat
Anataranya ialah Orang Asli telah diberi layanan yang istimewa sejak negara diisytiharkan darurat sebagai strategi memujuk mereka supaya sentiasa bersama-sama kerajaan. Selain itu, pertempatan masyarakat Orang Asli jauh daripada kawasan pertumbuhan juga menjadi faktor yang seterusnya. Menurut beliau lagi, bagi Orang Asli mereka berpendapat, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Bagi segelintir Rendah pelajaran (SRP) - sekarang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak dipelukan untuk memperolehi kemahiran mencari hasil hutan seperti memanjat pokok petai. Justeru, faktor-faktor yang disebutkan tadi menyebabkan tahap pendidikan Orang Asli tidak selari dengan kaum-kaum yang lain dan kerajaan perlu melakukan sesuatu agar masyarakat Orang Asli tidak terus tercicir dari aspek pendidikan.